Phone: +6 018 3850 377     Email: akademigrafologi@yahoo.com

Latar Belakang

Bermula dari pengalaman menganalisis tulisan tangan pelajar sekolah dan universiti serta penyelidikan dalam bidang ini, AGM ditubuhkan untuk memasyarakat dan memartabatkan Grafologi serta menyediakan perkhidmatan yang mudah dicapai.

AGM mengalu-alukan penglibatan anda; pensyarah, guru, kaunselor, trainer, fasilitator dan ibu-bapa untuk membantu diri sendiri dan orang lain di sekeliling kita. Jika berminat untuk menjadi ahli keluarga AGM, sila hubungi atau sekurang-kurangnya melawat laman web ini untuk mengikuti perkembangan terkini. Terima kasih.

Setiap orang mempunyai peranan masing-masing samada sebagai penyelidik, jurulatih, penganalisis, peserta, ahli dan lainnya. Kami berpendapat lebih ramai, lebih meriah, lebih memberi impaks dan lebih bermakna. Sepasukan tentera diperlukan untuk berperang dengan pelbagai isu dalam masyarakat terutamanya remaja jika mahu melihat impaks yang berkesan di masa hadapan. Jaringan dan kerjasama adalah sesuatu yang penting jika mahu bertahan lama.

Analisis tulisan tangan yang dilakukan kebanyakannya merujuk kepada hasil kerja oleh Dr. Erika M. Karohs, Industrial Psychologist dan Graphologist dari Karohs International School of Handwriting Analysis (ISHA), USA. Alasan utama memilih ISHA ialah kerana kursus-kursus ISHA diterima dan ditawarkan di Jabatan Psikologi, Maranatha Universiti di Bandung. Ini menunjukkan penerimaan ahli akademik terhadap grafologi dan pengikhtirafan kepada usaha Dr. Erika yang memiliki dua ijazah kedoktoran; Doktor Falsafah (PhD) dan Doktor Pendidikan (EdD).

10308190_711230642251563_1496154834987411649_n

Ahli Akademi Grafologi Malaysia

AGM berpendapat jika hendak belajar sesuatu belajarlah dari sumber yang terbaik. Dr Erika telah menulis lebih dari 70 buah buku mengenai Grafologi termasuk Ensiklopedia Analisa Tulisan Tangan 30-jilid yang merupakan karya tersohor dalam dunia Grafologi, menjadi rujukan banyak ahli Grafologi di dunia. ISHA mengajar secara menyeluruh analisa tulisan tangan (traits dan gestalt) dan memiliki pelajar yang berasal lebih dari 22 negara. Ia memiliki kelengkapan data dan bahan Grafologi yang paling lengkap di dunia.